Pendang oh Pendang
Badri Shaharudin | April 28, 2010 | 1:34 pmHari sudah 28 April. Dan kalau tawaran ke Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah aku terima, ini bermakna hanya 11 hari aku hanya berada di rumah sebelum kembali memulakan pengajian. OMG. Tiada lagi edisi bangun lewat, tidur lewat.
Sedikit info mengenai Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah. Kolej yang terletak di Pendang, Kedah dahulunya merupakan Sekolah Menengah Teknik Pendang. Pada 1 Januari 2010, sekolah tersebut telah dinaiktaraf menjadi kolej matrikulasi. Means, kalau aku masuk, tahun aku merupakan batch yang kedua. Batch pertama hanya mempunyai 99 orang pelajar. Nice! . Berikut merupakan petikan yang diambil daripada laman web kolej tersebut :
Pada tarikh 28 Disember 2009, pastinya akan tercatat di dalam lampiran sejarah bagi Bahagian Pendidikan Teknik Vokasional dan Bahagian Matrikulasi, masing-masing di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Ini kerana, pada tarikh tersebut, Timbalan Pengarah Unit Pengoperasian Sekolah BPTV Kementerian Pelajaran Malaysia, Tuan Haji Zakaria bersama-sama dengan Pengarah Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah, Tuan Haji Hashim Mohamed, menandatangani dokumen serahan Sekolah Menengah Teknik Pendang kepada Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah. Maka dengan ini, berakhirlah fungsi Sekolah Menengah Teknik Pendang (yang beroperasi sejak tahun 2004 lagi) dengan diberikan fungsi baru sebagai Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah. Detik ini telah dirakamkan dengan beberapa kepingan gambar yang dipertontokan di bawah. Terima Kasih Sekolah Menengah Teknik Pendang, dan Selamat Datang Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah.
Ya, seringkali kekeliruan berlaku. Yela, kolej baru. Ramai yang menyangka aku akan ke kolej matrikulasi kedah yang terletak di Changlun. Aku akui, ramai kenalan aku semasa sekolah rendah, sekolah menengah, dan kenalan internet (err), akan aku temui sekiranya diriku memilih untuk memasuki kolej ini. Hehe. Mungkin entri ini akan menjadi lebih dan teramat panjang jika aku senaraikan nama-nama mereka.
Aku perlu ke Seratas untuk mengambil sekeping sijil lagi. Alahai. Dan kalau ikut perancangan, 5 Mei menjadi tarikh keramat untuk ke seratas. Dan jika ada yang bertanya, nak terima kolej ni ke? Jawapan mudah aku, mau tunggu upu dahulu. Asasi kejuruteraan di unikl telah selamat ditolak oleh aku. Tempoh pengajian di matrikulasi aku rasakan tidak sampai pun setahun. Berikut merupakan kalendar akademik program matrikulasi satu tahun 2010/11.
KALENDAR AKADEMIK PROGRAM MATRIKULASI SATU TAHUN
SESI 2010/2011
AKTIVITI BILANGAN MINGGU
TARIKH SEMESTER I Pendaftaran 1 Minggu 10/05/10 – 16/05/10 Kuliah 9 Minggu 17/05/10 – 18/07/10 UPS I 1 Minggu 19/07/10 – 25/07/10 Cuti Pertengahan Sem 1 Minggu 26/07/10 – 01/08/10 Kuliah 10 Minggu 02/08/10 – 10/10/10 Minggu Ulangkaji 1 Minggu 11/10/10 – 17/10/10 Peperiksaan 2 Minggu 18/10/10 – 31/10/10 Cuti Akhir Semester 2 Minggu 01/11/10 – 07/11/10 SEMESTER II Kuliah 9 Minggu 08/11/10 – 09/01/11 UPS II 1 Minggu 10/01/11 – 16/01/11 Cuti Pertengahan Semester 1 Minggu 17/01/11 – 23/01/11 Kuliah 10 Minggu 24/01/11 – 03/04/11 Minggu Ulangkaji 1 Minggu 04/04/11 – 10/04/11 Peperiksaan 2 Minggu 11/04/11 – 24/04/11
![]()









salam. sebenarnya kolej matrikulasi kat kedah ni ada banyak. sebab tu, ramai orang yang keliru dengan matrikulasi2 yang ada di kedah. apapun, tahniah badri kerana mendapat tawaran ke unikl, tapi kenapa hang tolak??? satu persoalan yang perlu dirungkaikan. nak datang seratas 5 mei ni? pergilah, aku mungin pi, mungkin tak. jadilah follower blog aku jugak. tambahkan keahlian blog aku dan sudi-sudilah tinggalkan komen atau soalan.
Salam amer. Sini aku nak rungkaikan kenapa aku tolak asasi kejuruteraan unikl. Hehe. Mungkin atas dasar mendengar kata emak. Hehe.
Lagi pun, bukan cita-cita aku mahu menyambung pengajian ijazah di unikl.
aku student batch first stu. pergi. jgn sia2 peluan nih. mmg bgus stu.
aku ingt ang kmk changlun..
bro, pendang ada pa?..