UTM International Campus, KL..
Badri Shaharudin | May 1, 2010 | 6:21 pmYa, tahniah buat diri aku kerana berjaya menarik perhatian pihak UTM untuk menempatkan diri di sana.
Entri kali ini, ringkas, padat dan berinformasi kot.
Pendang oh Pendang
Badri Shaharudin | April 28, 2010 | 1:34 pmHari sudah 28 April. Dan kalau tawaran ke Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah aku terima, ini bermakna hanya 11 hari aku hanya berada di rumah sebelum kembali memulakan pengajian. OMG. Tiada lagi edisi bangun lewat, tidur lewat.
Sedikit info mengenai Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah. Kolej yang terletak di Pendang, Kedah dahulunya merupakan Sekolah Menengah Teknik Pendang. Pada 1 Januari 2010, sekolah tersebut telah dinaiktaraf menjadi kolej matrikulasi. Means, kalau aku masuk, tahun aku merupakan batch yang kedua. Batch pertama hanya mempunyai 99 orang pelajar. Nice! . Berikut merupakan petikan yang diambil daripada laman web kolej tersebut :
Berakhir Sudah..
Badri Shaharudin | April 12, 2010 | 2:22 pmYa. Berakhir sudah epik Pulau Pinang selama 4 hari bersama Zulfahmi. Huh, rasa rindu pada pulau tersebut tidak sedikit pun muncul. Haha. Epik yang bermula pada hari khamis, 8/4/2010. Aku ke sana untuk menjalankan tugas yang aku sendiri cari. Ya, aku bersama Zul terlibat sendiri dalam Pikom PCFair yang diadakan di PISA, Pulau Pinang. Nasib baik menyebelahi aku, ketika aku menjalankan tugas, hanya dua kenalan aku aku temui.

So, ramai yang tanya, tugas aku selama 3 hari tersebut. Dan aku pula jenis yang malas nak terang panjang-panjang. Jawapan mudah, promoter di concept booth Sensonic. Dan satu lagi soalan popular, bayaran yang aku dapat. Haha. Overall selama 4 hari tersebut, RM3xx. Aku sendiri pun tak tahu bayaran sebenar, sebab payment cheque dari HQ aku belum terima. So, above RM3xx. Hehe.
Aku sendiri mengaku, jeles aku tengok pengunjun pcfair tu. Sebab diorang boleh je ronda-ronda. Teringin aku nak mencari-cari barang kegemaran, tapi hajat terpaksa ditangguhkan sehingga hari ketiga. Sebab hari ketiga aku diberikan sedikit pelepasan oleh Kak Nor. Thanks
. Dan disebabkan aku hanya sempat meronda pada hari ketiga, barang aku inginkan dah habis. Haha. Tertangguh lagi hajat aku. Merata aku pusing dewan tersebut meninggalkan Zul yang menjerit keseorangan.
Jadi, pelbagai gelagat yang aku temui. Gelagat yang aku sendiri jangka. Booth sebelah concept booth aku, DNA solution, manager diorang terlebih semangat. Tiap-tiap menjerit panggil pelanggan. Even dia kena gelak dengan geng HP dan Brothers, tapi dia steady je. Haha. Dan keputusannya, pelanggan selalu ramai kat booth dia sampai jammed jalan. Aku pula, hari terakhir baru aku menjerit. No more malu-malu. Haha. Tugas aku bersama Zul untuk hari terakhir.Tak nak bercakap pasal jualan peribadi aku. Haha.
Aku, Dia dan Kamu…
Badri Shaharudin | February 24, 2010 | 12:04 pmPenantian selama beberapa hari berakhir pada jam 1 pagi tadi. Barang tersebut telah selamat dibeli oleh forumer Lowyat.net dengan harga RM70 dan pembayaran telah berjaya dilakukan melalui Maybank2u. Tamat.
Dua hari lepas, aku telah ditawarkan dengan hosting percuma sepanjang hayat. Ianya bukan hosting percuma, cuma pakej tersebut telah ditawarkan secara pecuma kepada aku. Lalu aku utarakan pendapat aku tentang hosting tersebut kepada Ahmad Mustaqim samaada beliau mahukan hosting tersebut atau tidak. Terus terang aku katakan, walaupun kerja-kerja bagi membangunkan sebuah laman web kadang-kadang agak annoying, namun aku gemarkannya. Hehe.
Mustaqim telah memilih aku bagi membangunkan serta menguruskan beberapa perkara mengenai laman web beliau dan sekali lagi, Wordpress menjadi pilihan utama bagi blog beliau. Yela, mana mungkin aku akan memilih Drupal. Kerja-kerja tersebut berjalan dengan lancar dan domain ahmadmustaqim.com telah dibeli daripada SepakuHosting pada harga RM30.00. Yada-yada, murah lagi daripada aku punya.









Komen Terkini