Bardshah92 [dot] net | Inspirasi Pencetus Idea

  • Utama
  • Diriku Ini
  • Hubungi
  • Banner
  • Arkib

Samsung S2 Portable Review

Badri Shaharudin | April 29, 2010 | 10:37 pm

Review ini ditulis dalam Bahasa Melayu.

Mungkin ramai yang bertanya, kenapa memilih Samsung sedangkn kalau tambah sedikit lagi wang, Western Digital My Passport sudah boleh dimiliki. Jawapan mudah aku, kerana sudah ramai yang memiliki WD My Passport. Noktah.

DSC09225

Read the rest of this entry »

Comments
No Comments »
Categories
Gadjet, Hard Disc, Software n Hardware, Tech
Comments rss Comments rss
Trackback Trackback

Selamat Datang Windows 7…

Badri Shaharudin | December 17, 2009 | 11:01 pm

win7

Mungkin masa 5 minit itu boleh dikira lama untuk digunakan bagi menjana tajuk entri yang menarik (mungkin). Tapi dalam masa lima minit itu juga Bad mampu menjana isi bagi entri kali ini.

Umum mengetahui tentang kelebihan Windows 7 yang baru sahaja dilancarkan ketika Bad masih lagi di Seratas. Ramai yang mengatakan bahawa Windows 7 ini lebih baik daripada Windows Vista. Memang la begitu, dah nama pun versi terbaru, mesti la ianya lebih baik daripada abangnya.

Jutaan terima kasih kepada Acer kerana memberikan DVD ini secara percuma walaupun terpaksa membayar kos penghantaran sebanyak RM60. I love u Acer.

Proses pemasangan Windows ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Mm, pada awalnya Bad menyangkakan bahawa encik Microsoft kita akan melakukan banyak perubahan seperti yang berlaku pada Vista. Namun, tidak. Sistem dalamannya menjalankan tugas dengan penuh cemerlang. Sedikit penghargaan untuk Microsoft kerana memahami keadaan pengguna yang mahukan kepantasan pada komputer yang lemah.

Comments
No Comments »
Categories
Software n Hardware, Tech, Windows
Tags
windows 7
Comments rss Comments rss
Trackback Trackback

Kecurangan Kepada Yang Lebih Baik…

Badri Shaharudin | January 31, 2009 | 5:37 pm

Sejak beberapa hari lalu, diriku mula melakukan kecurangan terhadap ESET. Oh tidak. Aku x dapat menerima bahawa NORTON lebih baik dan sempurna dari ESET. Lantas, dengan semangat baru, aku dengan penuh rasa riak, takbur serta bangga diri terus uninstall Nod32 yang telah setia menemaniku sejak berkurun. Aku bukan pe, Norton Internet Security 2009 aku rasakan terlalu baik buat diriku. Selama aku asyik menganggap bahawa Nod32 lebih ringan dan tahan lasak. Tapi Norton yang baru ni, terlalu ringan (er, brapa BMI dia??).

norton

Aku ni cam bese la, x kan la aku nak melaburkan duit aku untuk joli beli yang original (oh, salah ke?) . Korang paham2 la kan. Aku dah boleh dapat yang full, watpe nak beli. Haha. Nanti2 aku beli la. Mm, setakat yang aku guna, norton x ganggu sistem komputer aku dengan teruk sangat. Interface dia friendster friendly sangat. Mudah je nak kendalikan even korang ni buta IT. Haha. Maaf ye. Aku kasi la skali screenshot untuk norton yang terbaru niyh. Sekadar nak bagi korang cuci mata je.

norton1

Dia punyer interface yang cun

norton2

Setting dia yang simple

Tu je la yang aku nak tunjuk pun. Haha. Korang test la sendiri. Aku still ada lagi installer dia. Kalau korang nak, contact la aku. Aku rasa x salah kalau korang nak cuba.

Comments
1 Comment »
Categories
Software n Hardware, Tech, Uncategorized
Tags
Norton
Comments rss Comments rss
Trackback Trackback

DDR2 vs DDR

Badri Shaharudin | March 11, 2007 | 2:56 am

Sudah ramai yang maklum bahawa Random Access Memory ataupun RAM mempunyai dua kategori iaitu DDR2 (Double Data Rate 2) dan DDR. Terdapat banyak perbezaan diantara DDR2 dan DDR. Salah satu perbezaan yang ketara ialah lokasi ‘takuk‘ nya. Perhatikan gambar di bawah.

img_0015.jpg
Gambar tersebut menunjukkan DDR2 (bawah) dan DDR (atas). Perhatikan ‘takuk‘nya, terdapat perbezaan. Ianya bertujuan untuk mengelakkan ianya diletakkan di slot yang salah. Voltannya juga berbeza. DDR menggunakan voltan sebanyak 2.5 volts manakala DDR2 hanya menggunakan 1.8 volts. 50% lebih rendah berbanding DDR. Sudah tentu ianya dapat mengurangkan haba.

Kepantasan (MHz) kedua-duanya juga berbeza. Kepantasan bagi DDR ialah 200, 266, 333, dan 400 manakala DDR2 mempunyai kepantasan berganda iaitu 400, 533, 667, dan 800. Memori DDR terdiri daripada cip Thin Small Outline Package (TSOP) manakala terdiri daripada Fine-pitch Ball Grid Away (FBGA). DDR2 juga mempunyai kemudahan pemprosesan 4-bit berbanding hanya 2-bit pada DDR.

Ini bermakna, DDR2 mampu menulis dan membaca dengan lebih banyak data bagi setiap kitaran jam nya. Kapasiti bagi DDR bermula daripada 128mb, 256mb, 512mb dan 1gb. Manakala DDR2 pula bermula daripada 256mb, 512mb, 1gb, 2gb dan 4gb. Modul DDR2 mempunyai 240 pin berbanding hanya 184 pin pada DDR.

img_0016.jpg

Perhatikan slot untuk memori iaitu yang berwarna biru dan kuning. Slot yang berwarna biru dikhaskan untuk DDR manakala yang berwarna kuning untuk DDR2. Oleh itu, modul memori ini tidak boleh dimasukkan sesuka hati. Di slot itu juga terdapat number yang menunjukkan voltan untuk slot tersebut. Jadi, periksa betul-betul modul memori komputer anda. Jangan sampai tersilap memilih modul yang betul.

Related Posts with Thumbnails
Comments
2 Comments »
Categories
RAM ( Random Access Memori ), Software n Hardware, Tech
Comments rss Comments rss
Trackback Trackback

Akan Datang ..

    Keputusan ke IPTA

    Entri Terbaru

    • Maaf Ya…
    • MAS Psychomotor Test @ Subang
    • UTM International Campus, KL..
    • Acer Aspire 5741G Review
    • Samsung S2 Portable Review

    Cronies

    • Ahmad Mustaqim
    • Apiih
    • Fahmishah
    • Hanifmz
    • Ikmal
    • Khai
    • Low Lucky
    • My Dad’s Blog
    • My Mom’s Blog
    • Rusyda
    • Seratas Batch 24
    • Seratas Official Site
    • Syinrayafa

    Komen Terkini

    • Trang Melody on Banner
    • Cik Nass on MAS Psychomotor Test @ Subang
    • nimbus on Acer Aspire 5741G Review
    • ajay on MAS Psychomotor Test @ Subang
    • sarna on MAS Psychomotor Test @ Subang
    • exs on Acer Aspire 5741G Review
    • ida hamizah adilia on UTP … Lumut…
    • ida hamizah adilia on Happy Moment
    • Riema on Nokia E63 Review…

    Seramai sedang bersiar-siar disini bersama anda.

    Jerit-Lah!!

    Spam Blocked

    6,267 spam comments
    blocked by
    Akismet

    Login



    • Lost your password?

    SalvoAQUILA

    YouthSays

    Giveaway of the Day

    Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes
    rss Comments rss valid xhtml 1.1 design by jide powered by Wordpress get firefox