Bardshah92 [dot] net | Inspirasi Pencetus Idea

  • Utama
  • Diriku Ini
  • Hubungi
  • Banner
  • Arkib

Aku, Dia dan Kamu…

Badri Shaharudin | February 24, 2010 | 12:04 pm

Penantian selama beberapa hari berakhir pada jam 1 pagi tadi. Barang tersebut telah selamat dibeli oleh forumer Lowyat.net dengan harga RM70 dan pembayaran telah berjaya dilakukan melalui Maybank2u. Tamat.

Dua hari lepas, aku telah ditawarkan dengan hosting percuma sepanjang hayat. Ianya bukan hosting percuma, cuma pakej tersebut telah ditawarkan secara pecuma kepada aku. Lalu aku utarakan pendapat aku tentang hosting tersebut kepada Ahmad Mustaqim samaada beliau mahukan hosting tersebut atau tidak. Terus terang aku katakan, walaupun kerja-kerja bagi membangunkan sebuah laman web kadang-kadang agak annoying, namun aku gemarkannya. Hehe.

Mustaqim telah memilih aku bagi membangunkan serta menguruskan beberapa perkara mengenai laman web beliau dan sekali lagi, Wordpress menjadi pilihan utama bagi blog beliau. Yela, mana mungkin aku akan memilih Drupal. Kerja-kerja tersebut berjalan dengan lancar dan domain ahmadmustaqim.com telah dibeli daripada SepakuHosting pada harga RM30.00. Yada-yada, murah lagi daripada aku punya.

Comments
No Comments »
Categories
My Self.., Umum
Comments rss Comments rss
Trackback Trackback

Perihal Facebook …

Badri Shaharudin | February 18, 2010 | 1:02 pm

Mungkin ada dikalangan kita yang dah pernah tengok video di atas. Bagi aku, kadang-kadang facebook ni annoying walaupun ketiadaannya mampu membuatkan aku tak senang duduk. Haha.

Read the rest of this entry »

Comments
No Comments »
Categories
My Self.., Umum
Comments rss Comments rss
Trackback Trackback

Sibuk Melayan …

Badri Shaharudin | February 17, 2010 | 3:29 pm

Waduh, sudah ramai yang bertanya di YM dan email, bila mau update blog. Serius cakap, memang sibuk sangat. Dua tiga hari ni baru dapat rasa erti rehat. Dalam dua tiga hari ni la aku sibuk untuk melakukan proses penambahbaikan komputer ni.

Windows 7 Professional

Mungkin ramai yang dah mula guna Windows 7. Termasuk Big Boss sendiri. Tahun  lepas aku install pada laptopnya. Tapi baru kini aku mampu untuk melakukan pada komputer ini. Mungkin kekangan masa dan keinginan untuk terus menggunakan genuine punya Windows. Mungkin sudah tertulis nasib aku pada malam tersebut untuk aku memenangi bidaan yang diadakan di lelong.com.my. RM23 sudah cukup untuk aku mendapatkan Key untuk Windows 7 Professional N. Disebabkan sebelum ini komputer ini dijana oleh Windows Vista Home Basic, aku perlu melakukan clean install. Perlu format balik HD utama dan segala backup aku letakkan dalam HD kedua. Proses untuk restore semua file memakan masa 8 jam. Thanks to Mr. Vin7cent for the key. Puas sedikit hati ku disebabkan kelajuan makin bertambah.

Kerja OH Kerja

Bila fikir balik, mula-mula dulu je aku rajin nak kerja ni. Tu pun sebab ramai sangat yang masuk dalam dunia kerja ni. Hehe. Aku start pun dah lewat. Tengah bulan Febuari. Tu pun bukan tetap. Bekerja dibawah Mr. Murali, aku bersama dengan Zul. Jawapan yang seringkali aku berikan tentang pekerjaanku ini ialah waiter. Padahal, tugas aku menjadi waiter tu bukan selalu sangat, Mungkin lebih sesuai, aku melakukan tugas-tugas am di Kulim Golf and Country Resort. Aku tidak perlu memakai batik kerana diriku bukannya pekerja tetap. Tanpa nametag dan kasut kulit hitam.

Comments
No Comments »
Categories
My Self.., Umum
Comments rss Comments rss
Trackback Trackback

Hanya 11 Jam…

Badri Shaharudin | February 3, 2010 | 11:07 pm

Mula-mula Arif dengan Zul ajak aku untuk bekerja dengan mereka, aku tolak. Alasan aku, tiada kenderaan. Padahal dalam hati, malas. Malamnya, arif ajak aku sekali lagi. Reaksi aku, positif. Dan malam tersebut, aku tak sabar nak tunggu hari besok.

Jam 9 pagi, aku dalam perjalanan (jalan kaki) ke rumah Arif. Makan-makan kejap, kemudian bertolak menuju ke tempat tersebut menggunakan Honda C70 miliknya. Oleh kerana aku kurang yakin dengan C70, maka aku biarkan dia bawa dan aku di belakang. Sampai di tempat tersebut, 15 minit awal. Atas alasan, takut sesat.

Mulanya, Arif cuma cakap, “Kerja kita cuma angkat-angkat buku.” Tapi, bila aku nampak je lori besar tiba, hati aku mula gelisah. Aku dah dapat bayangkan, segala macam barang akan kami angkat kelak. Kalau cuma angkat buku, aku tak kisah. Ni kalau sampai plywood, barang-barang utk tujuan pameran. Senang cerita, tugasan aku ialah untuk menjayakan Pameran Buku dan ICT Kedah. Huhu. Dari tugas angkat barang, punggah balik barang tersebut, susun barang-barang, asingkan buku-buku, semua itu kerja aku. Sehingga ke saat ini, tangan aku masih sakit.

Tugasan tersebut bermula pada jam 10 pagi dan berakhir pada jam 9 malam. 11 jam bukan. Dan bayaran yang diterima, rahsia antara aku dan Arif.

Honda C70 hanya memerlukan RM3 untuk mengisi minyak sehingga penuh.

Related Posts with Thumbnails
Comments
No Comments »
Categories
My Self.., Umum
Comments rss Comments rss
Trackback Trackback

Akan Datang ..

    Keputusan ke IPTA

    Entri Terbaru

    • Maaf Ya…
    • MAS Psychomotor Test @ Subang
    • UTM International Campus, KL..
    • Acer Aspire 5741G Review
    • Samsung S2 Portable Review

    Cronies

    • Ahmad Mustaqim
    • Apiih
    • Fahmishah
    • Hanifmz
    • Ikmal
    • Khai
    • Low Lucky
    • My Dad’s Blog
    • My Mom’s Blog
    • Rusyda
    • Seratas Batch 24
    • Seratas Official Site
    • Syinrayafa

    Komen Terkini

    • Trang Melody on Banner
    • Cik Nass on MAS Psychomotor Test @ Subang
    • nimbus on Acer Aspire 5741G Review
    • ajay on MAS Psychomotor Test @ Subang
    • sarna on MAS Psychomotor Test @ Subang
    • exs on Acer Aspire 5741G Review
    • ida hamizah adilia on UTP … Lumut…
    • ida hamizah adilia on Happy Moment
    • Riema on Nokia E63 Review…

    Seramai sedang bersiar-siar disini bersama anda.

    Jerit-Lah!!

    Spam Blocked

    6,212 spam comments
    blocked by
    Akismet

    Login



    • Lost your password?

    SalvoAQUILA

    YouthSays

    Giveaway of the Day

    Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes
    rss Comments rss valid xhtml 1.1 design by jide powered by Wordpress get firefox