Bardshah92 [dot] net | Inspirasi Pencetus Idea

  • Utama
  • Diriku Ini
  • Hubungi
  • Banner
  • Arkib

Kini Sudah Wireless…

Badri Shaharudin | December 30, 2009 | 1:41 am

Ketika Iqbal mengumumkan bahawa beliau sudah memiliki Streamyx wireless pada tahun 2006, aku hanya mampu tersenyum kerana pada zaman tersebut, aku fikir ianya bukan satu keperluan.

Ketika semua isi rumah berebut hendak menggunakan komputer di bilik aku, aku merasakan sudah tiba wireless diperlukan khidmatnya dirumah aku.

Setelah meneliti dengan mendalam (kurang pasti apa yang diteliti), aku sudah bersedia dan yang paling penting, budget mengenai pembelian router sudah diluluskan oleh Big Boss.

Pada harga RM135, SMC Wireless Router berada dalam genggaman. Balik je rumah,terus mulakan proses pemasangan. Bukan susah mana pun sampai nak kena panggil orang datang pasang. Hehe.

Mula-mula tu aku just letak SMC as SSID. Makna nyer aku letak SMC sebagai tanda pengenalan WiFi tu. Then, Big Boss suruh tukar. Haha. Aku letak plak Shaharudin. Nampak macam tak kool je, so last-last jadi ShahWiFi. Hah, cukup kool bagi aku. Aku tempatkan router tersebut di bilik aku (sudah tentu) disebabkan komputer HP tersebut masih lagi tidak berkemampuan menerima WiFi.

Dan khabarnya sekarang Mr. SMC ni gembira berada di sini kerana khidmatnya amat diperlukan bagi adik-adik aku yang sudah ketagih FarmVille serta Cafe World. Hehe. Kini, mengakses WiFi pada E63 bukan lagi perkara mustahil. Hehe.

Sebelum aku lupa, tahniah untuk diri aku kerana mencapai 50/50. Melebihi tahap lulus 42/50. ;-)

Comments
1 Comment »
Categories
My Self.., Tech, Umum
Tags
Streamyx
Comments rss Comments rss
Trackback Trackback

Lesen Latihan Memandu…

Badri Shaharudin | December 28, 2009 | 4:43 am

Ini adalah entri pertama aku menggunakan Wordpress 2.9 sejak dinaiktaraf beberapa hari yang lepas.

Bila ayah aku cakap, besok pukul 9 kita pergi daftar lesen, aku hanya mampu tersenyum. Waktunya sesuai kerana aku tidak akan keseorangan di pusat latihan memandu kelak. Kerana Fazlan sudah menyatakan hasrat mahu mengikut aku. Institut Memandu Kunci Rimbun menjadi pilihan bersama.

Dalam jangkaan aku, ceramah KPP selama 5 jam hanya akan bermula beberapa hari selepas pendaftaran. Namun, aku tidak. Pendaftaran jam 9.30, jam 10.30 aku sudah dalam dewan kuliah. Hihi. Dengan kehadiran lebih kurang 40 orang, jangkaan aku selama ini terhadap ceramah KPP meleset sama sekali. Kerana aku bersependapat dengan Lan bahawa ceramah disampaikan dengan cara yang menarik.

Di sebelah kanan aku, seorang budak perempuan sebaya dengan aku. Sebelah kiri aku, seorang pakcik berusia 30-an. Mungkin tidak perlu untuk aku menanyakan nama peserta perempuan sebelah kanan aku.

Ceramah yang bermula pada jam 10.30 dan berakhir pada jam 4.30 petang itu memberikan input yang banyak. Walaupun hampir 70 peratus yang disampaikan sudah ada dalam pengetahuan aku, namun perhatian tetap pada ceramah tersebut. Hehe.

Ikut cadangan aku, besok (Rabu) nak pergi ujian komputer di Kilang Lama. Semua ini atas nasihat Lan yang mahu cemerlang (tak nak gagal la) dalam ujian komputer tersebut. Selepas selesai sahaja ujian tersebut, ujian teori ataupun PRA – L terpaksa aku tempuhi selama 6 jam sebelum lesen L berada dalam genggaman.

Tahniah aku ucapkan kepada penceramah kerana menegur secara terus pakaian segelintir (3 orang) peserta wanita yang ku lihat agak mmm.

Comments
No Comments »
Categories
My Self.., Umum
Tags
lesen memandu
Comments rss Comments rss
Trackback Trackback

Selamat Datang Windows 7…

Badri Shaharudin | December 17, 2009 | 11:01 pm

win7

Mungkin masa 5 minit itu boleh dikira lama untuk digunakan bagi menjana tajuk entri yang menarik (mungkin). Tapi dalam masa lima minit itu juga Bad mampu menjana isi bagi entri kali ini.

Umum mengetahui tentang kelebihan Windows 7 yang baru sahaja dilancarkan ketika Bad masih lagi di Seratas. Ramai yang mengatakan bahawa Windows 7 ini lebih baik daripada Windows Vista. Memang la begitu, dah nama pun versi terbaru, mesti la ianya lebih baik daripada abangnya.

Jutaan terima kasih kepada Acer kerana memberikan DVD ini secara percuma walaupun terpaksa membayar kos penghantaran sebanyak RM60. I love u Acer.

Proses pemasangan Windows ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Mm, pada awalnya Bad menyangkakan bahawa encik Microsoft kita akan melakukan banyak perubahan seperti yang berlaku pada Vista. Namun, tidak. Sistem dalamannya menjalankan tugas dengan penuh cemerlang. Sedikit penghargaan untuk Microsoft kerana memahami keadaan pengguna yang mahukan kepantasan pada komputer yang lemah.

Comments
No Comments »
Categories
Software n Hardware, Tech, Windows
Tags
windows 7
Comments rss Comments rss
Trackback Trackback

Penantian Selama 20 Tahun…

Badri Shaharudin | December 17, 2009 | 8:33 pm

FAM

Kali terakhir Malaysia memperolehi pingat emas bagi acara ini ialah pada tahun 1989. Dan pada tahun ini skuad bola sepak Malaysia sekali lagi membuktikan bahawa mereka bukan jaguh kampung. Mungkinkah kemenangan ini mampu menutup mulut banyak pihak yang rata-ratanya merendahkan martabat skuad bola sepak negara kita sendiri.

Malaysia yang menundukkan Vietnam 1-0 melalui jaringan sendiri pihak lawan hasil hantaran Azmi Muslim berjaya memberikan harapan baru kepada banyak pihak terutamanya FAM dan MSN. Peminat bola sepak tanah air juga yakin bahawa pasukan pilihan mereka mampu menumpaskan Vietnam pada hari ini.

Mungkin akan wujud pula sindirian yang mengatakan bahawa skuad kebangsaan mengalami nasib yang baik pada hari ini kerana jaringan tersebut dilakukan oleh pihak lawan sendiri. Apa pun kata-kata yang dikeluarkan oleh pihak lain, anak-anak buah K.Rajagopal seharusnya diberikan sedikit ruang untuk mereka membuktikan kebolahan yang mereka ada. Mungkin bola sepak kita ketinggalan pada peringkat antarabangsa, namun kita mempunyai kelas yang tersendiri.

Masyarakat perlu berubah.

Comments
No Comments »
Categories
Ceritera Baru, Competition, International
Tags
bola sepak final, sukan sea
Comments rss Comments rss
Trackback Trackback

Nokia E63 Review…

Badri Shaharudin | December 15, 2009 | 5:17 pm

Sebenarnya, handphone ni bukan untuk Bad, tapi dah tak ada orang dalam rumah ni yang nak guna, dengan penuh rela hati Bad menggunakannya. Hehe. Alasan untuk diorang tak nak guna handphone ni ialah size nya yang besar bak kata orang lain, kalau baling kat anjing, sure mati la. Aku pilih handphone ni sebab dia ada banyak benda yang sesuai untuk diri aku. Mungkin banyak kekurangan berbanding saudara beliau iaitu E71, tapi ini dah dikira ok.

DSC04685

nokia-e63-21

Nokia-E63-mobile-phone

Mungkin bagi sesetengah individu berpendapat bahawa handphone seperti ini hanya sesuai untuk golongan tertentu sahaja. Sebab apa? Sebab ianya bersaiz sedemikian rupa. Haha. Lantak la pe orang lain nak kata. Asalkan Bad puas pakai benda ni. Mungkin kadang2 orang akan ingat handphone ni mahal, tapi ianya dijual di Malaysia pada harga RM 800+ untuk Zitron dan RM600+ untuk AP .

nokiae63spec

DSC04687

DSC04688

DSC04689

nokia-e63-full-black

p/s: kamera dia 2MP, sebab tu tak ada orang dalam rumah ni yang nak ambil. :razz:

Related Posts with Thumbnails
Comments
6 Comments »
Categories
Gadjet, Nokia, Tech
Tags
nokia e63
Comments rss Comments rss
Trackback Trackback

« Previous Entries

Akan Datang ..

    Keputusan ke IPTA

    Entri Terbaru

    • Maaf Ya…
    • MAS Psychomotor Test @ Subang
    • UTM International Campus, KL..
    • Acer Aspire 5741G Review
    • Samsung S2 Portable Review

    Cronies

    • Ahmad Mustaqim
    • Apiih
    • Fahmishah
    • Hanifmz
    • Ikmal
    • Khai
    • Low Lucky
    • My Dad’s Blog
    • My Mom’s Blog
    • Rusyda
    • Seratas Batch 24
    • Seratas Official Site
    • Syinrayafa

    Komen Terkini

    • Trang Melody on Banner
    • Cik Nass on MAS Psychomotor Test @ Subang
    • nimbus on Acer Aspire 5741G Review
    • ajay on MAS Psychomotor Test @ Subang
    • sarna on MAS Psychomotor Test @ Subang
    • exs on Acer Aspire 5741G Review
    • ida hamizah adilia on UTP … Lumut…
    • ida hamizah adilia on Happy Moment
    • Riema on Nokia E63 Review…

    Seramai sedang bersiar-siar disini bersama anda.

    Jerit-Lah!!

    Spam Blocked

    6,267 spam comments
    blocked by
    Akismet

    Login



    • Lost your password?

    SalvoAQUILA

    YouthSays

    Giveaway of the Day

    Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes
    rss Comments rss valid xhtml 1.1 design by jide powered by Wordpress get firefox