Bardshah92 [dot] net | Inspirasi Pencetus Idea

  • Utama
  • Diriku Ini
  • Hubungi
  • Banner
  • Arkib

Tutorial : Buat Favicon…

Badri Shaharudin | August 27, 2009 | 6:02 am

Aku tak ingat bila kali terakhir aku buat entry under tajuk tutorial. Hehe. Ok, aku fokus kepada tajuk iaitu tutorial nak buat favicon. Favicon? Kalau yang tak tahu lagi, favicon ni ialah icon yang kecil molek kat address bar tu seperti contoh aku punyer. Haha. Mm, nak buat benda tu tak minum makan banyak masa pun. First, disebabkan benda ni dalam format .ico, korang boleh download dulu plugin untuk photoshop yang membolehkan korang save dalam format .ico terus. Mm, korang boleh download daripada Telegraphics. Cara nak install plugin ada dalam folder tu.

Jom mula!

Disebabkan saiz favicon tu hanya 16×16 je, jadi susah untuk orang seperti aku melakukan seni yang teragung. Haha. favicon-ico-save

Korang mulakan dengan kanvas bersaiz 64×64. Corakkan kanvas tersebut. Agak-agak dah siap, klik pada Image > Image

Size . Pada ruangan saiz, isikan 16×16 . Pada bahagian bawah, pilih “Bicubic Sharper”. So, korang dah boleh save hasil kerja korang yang agak cantik tu. Klik File >Save as. Pada ruangan nama, sila letakkan favicon. Pada ruangan format, pilih .ico. Siap. Hehe.

Upload ke server!

Sila login untuk masuk server. Benda ni kena upload terus ke bahagian yang ada index page. Bukan ke bahagian image atau sebagainya. Kebanyakkan browser akan mencari favicon secara automatik. Lokasi kebiasaan bagi index page adalah “root”.

Mungkin tu la dulu tutorial yang serba ringkas. Hehe. Harap korang boleh ikut.

Comments
No Comments »
Categories
Tutorial
Comments rss Comments rss
Trackback Trackback

Zaman Kanak-Kanak Part1…

Badri Shaharudin | August 26, 2009 | 6:44 pm

budak

Oh tidak. Sekali tengok muka aku mesti orang akan cakap aku bukan budak sekolah. Haha. Kelebihan atau kekurangan. Hehe. Mm, dah 17 tahun aku melayari bahtera hidup. Banyak benda yang aku tinggalkan. Haha. Nak aku cerita tentang zaman kecik aku yang kurang menyeronokan.

Tepung Cap Orang Mati

Haha. Aku ingat lagi waktu aku masih kecil lagi. Seingat aku, belum lagi kaki ni masuk sekolah rendah. Aku ialah seorang kanak-kanak riang yang suka ke kedai dan akibat daripada itu, sering menjadi orang suruhan mak aku ke kedai. Then, suatu hari tu, mak aku suruh aku gi beli tepung. Dah tentu tepung ada banyak brand. Mm, brand sebenar tepung tu Cap Orang Terbang. Tapi, masa proses membeli, aku dengan penuh rasa hormat meminta kepada pekedai tersebut, “Pakcik, mak nak tepung cap orang mati”. Dah sah-sah la orang tua tu kata tak ada kan. Haha. Aku balik report mak aku cakap tepung cap orang mati dah habis. Haha.

Gila Cermin Mata

Waktu aku kecik-kecik dulu, bila tengok orang lain pakai cermin mata, aku nampak diorang macho sangat. Haha. Jadi, aku pun teringin nak pakai gak. Aku tak berani pun nak mintak kat mak aku. Aku pun curi-curi pakai yang paksu aku punya kalau dia ada kat rumah aku. Haha. Pening giler. Masa tu aku memang zero pasal cermin mata. Aku ingat semua sama je. Hehe. Lepas pakai, mesti kepala aku pening sangat-sangat. Tapi aku tak pernah serik untuk mencuba cermin mata sesiapa je. Haha. Macam best je nampak. At last, aku kena gak pakai cermin mata. Haha. Kau nak sangat kan. Hah, pakai la. Haha.

Kawan Dengan Orang Tua

Masa dulu, aku ada kawan depan rumah aku. Perempuan seorang. Laki 3. Haha. Tapi semua tua dari aku. Yang aku tau, kawan aku yang perempuan tu dah ada anak dah. Haha. Waktu aku sekolah rendah, diorang dah masuk sekolah menengah. Perempuan tu aku panggil kak ida. Yang laki fauzi, azrul dengan seorang lagi aku dah lupa nama. Haha. Sori la. Tapi sekarang dah tak de la. Huhu. Rindu ke aku nak main dengan diorang. Haha. Yang peliknya, diowang ok je layan aku. Hehe. Sampai aku tak rasa yang diorang tua dari aku. Maklumlah, kanak-kanak ribena yang hanya tahu minum milo. Haha.

Actually banyak lagi. Mungkin nak kena sambung part 2 kot. Hehe. Kalau aku senang nanti, aku sambung la. Lagi pun, semangat nak buat entry panjang2 ni datang kadang-kadang je. Hehe.

p/s: puasa hari ke-5, aku dah mula pasang lagu raya…

Comments
2 Comments »
Categories
My Self.., Umum
Comments rss Comments rss
Trackback Trackback

Ramli Sarip – Istilah Bercinta

Badri Shaharudin | August 26, 2009 | 1:56 pm

Kau kata kau cinta
Kau kata kau sayang
Kini entah di mana
Tiada lagi kemesraan

Kau kata setia
Hanya aku saja
Tapi hilang ke mana
Tiada lagi keriangan

Ku tabahkan hati
Ku genggam azimat
Untuk ku balut luka semakin mendalam
Biarku hadapi walaupun tergugat
Akan ku benamkan biar jadi debu

Kini ku mengerti
Istilah sebenar
Di dalam bercinta
Tiada kepastian
Tiada penentuan
Akan kebahagian
Semua pecinta
Haruslah berkorban
Tiada batasan

Comments
No Comments »
Categories
Entertainment
Tags
Ramli Sarip
Comments rss Comments rss
Trackback Trackback

Hari ke-4…

Badri Shaharudin | August 25, 2009 | 2:01 pm

Setelah sekian lama tangan aku mendiamkan diri daripada menyentuh keyboard komputer, akhirnya aku kembali mengupdate blog. Kenapa tak dari dulu?. Mm, atas faktor malas kot. Haha. Tak pun atas faktor celcom broadband. oh tidak.

Trial sbp aku lepas dengan perasaan yang agak hampeh. Haha. Terasa kesusahannya sehingga memaksa aku meniru tidur lambat. Itu pun aku still tak dapat jawab lagi. Haha. Baik kau tidur awal je. Apa fungsi kau tidur lambat tapi E yang kau dapat. Huhu. Mm, trial negeri yang berlaku selepas merdeka ni kena buat betul-betul la kot. Hehe. Keyakinan masih ada dalam diri tapi keupayaan diri yang kurang sebenarnya. :grin:.  Aku harap sangat yang trial lepas ni buat dalam kelas je. Selepas raya nanti, mungkin tiada bbm lagi. Mana mungkin boleh memikirkan pasal balik kalau spm dah dekat. :roll:.

Kerinduan aku terhadap bazar ramadhan semakin membuak-buak. Mungkin tahun ini yang boleh aku isytiharkan sebagai tahun hujan menyebabkan aku kehilangan peluang untuk ke bazar ramadhan. Mungkin apabila pulang ke seratas, aku punya peluang untuk berbuat demikian. Hehe. Tapi kan, kalau ikut pengalaman, pergi bazar berseorangan dengan membawa duit yang banyak menyebabkan aku rambang mata untuk memilih. Haha. Semua terasa nak makan. Kalau free night boleh la aku habiskan. Haha. Tapi, aku rasa macam tak ada halangan yang membolehkan aku melantak dengan sukaria pada bila-bila yang aku suka. Nak buat macam mana kan, dah dilahirkan dengan fizikal berbadan besar (besar ke?), so kena la makan banyak bagi memenuhi setiap ruang non-fizika dalam badan aku. Haha. Ala, kau beli banyak-banyak pun, bukannya larat kau nak bawak. Kau tak ingat seharian menderita akibat boros di bazar tahun lepas! Haha.:cry:

Tahun ni azam nak dapatkan banyak duit raya. Hey, sedar la yang kau tu dah tua. Haha. Ah, persetankan semua tu. Yang aku tau, semua kena kasi duit kat aku. Haha. Sebab? Mmm, mungkin tak poket aku ni tak ada gadjet yang baru kot. Haha. Berapa sangat duit yang kau boleh dapat? Kalau ikut perkiraan, dengan membuang perasaan malu, boleh la dalam 200 kot. Haha. Banyak betul. Boleh ke kau dapat. Dengan muka yang macam orang 20-an je. Haha. Apa yang kau nak sebenarnya? Haha. Tentulah mp3. Hehe. Takkan 200 kau nak beli Iphone 3Gs yang terbaru tu kot. Hehe.

Comments
6 Comments »
Categories
My Self.., Umum
Comments rss Comments rss
Trackback Trackback

Siapa suka perubahan…

Badri Shaharudin | August 9, 2009 | 12:45 pm

Oh tidak. Sudah lama blog tidak diupdate. Mungkin gara-gara semangat aku yang down akibat cuti yang tak pernah menjelma dan komputer yang melarikan diri. Rama yang tanya aku, biler kau nak update blog? Jawapan aku. Nanti-nanti la. Sekarang pun, aku dirumah atas sebab H1N1. Seratas aku ditutup seminggu. Kesudahannya, aku dirumah selama seminggu selepas 2 diminggu di sekolah. Trial SBP terpaksa ditangguhkan. Aku sempat habiskan 3 subjek je. Yang lain. Memerlukan aku menukar kembali mode kepada mode peperiksaan selama seminggu bercuti.

Dengan Celcom Broadband, aku semakin tak keruan. Segala portal kegemaran tak dapat aku akses dengan selamat. ProjectW dan Cyberserg terpaksa aku lupakan buat seketika disebabkan oleh Celcom Broadband. Baik Streamyx. Mm, mungkin ianya lebih sesuai untuk individu yang bekerja tanpa memikirkan keseronokan melayari portal.

Oh maafkan aku. Tieclip yang kau pinta masih belum dapat ku tunaikan. Janjiku padamu agar ianya dapat ditunaikan segera. :|

p/s: klik logo merdeka tersebut dan letakkan bardshah92@gmail.com sebagai referrer..

Related Posts with Thumbnails
Comments
No Comments »
Categories
Umum
Comments rss Comments rss
Trackback Trackback

Akan Datang ..

    Keputusan ke IPTA

    Entri Terbaru

    • Maaf Ya…
    • MAS Psychomotor Test @ Subang
    • UTM International Campus, KL..
    • Acer Aspire 5741G Review
    • Samsung S2 Portable Review

    Cronies

    • Ahmad Mustaqim
    • Apiih
    • Fahmishah
    • Hanifmz
    • Ikmal
    • Khai
    • Low Lucky
    • My Dad’s Blog
    • My Mom’s Blog
    • Rusyda
    • Seratas Batch 24
    • Seratas Official Site
    • Syinrayafa

    Komen Terkini

    • Trang Melody on Banner
    • Cik Nass on MAS Psychomotor Test @ Subang
    • nimbus on Acer Aspire 5741G Review
    • ajay on MAS Psychomotor Test @ Subang
    • sarna on MAS Psychomotor Test @ Subang
    • exs on Acer Aspire 5741G Review
    • ida hamizah adilia on UTP … Lumut…
    • ida hamizah adilia on Happy Moment
    • Riema on Nokia E63 Review…

    Seramai sedang bersiar-siar disini bersama anda.

    Jerit-Lah!!

    Spam Blocked

    6,267 spam comments
    blocked by
    Akismet

    Login



    • Lost your password?

    SalvoAQUILA

    YouthSays

    Giveaway of the Day

    Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes
    rss Comments rss valid xhtml 1.1 design by jide powered by Wordpress get firefox