Bardshah92 [dot] net | Inspirasi Pencetus Idea

  • Utama
  • Diriku Ini
  • Hubungi
  • Banner
  • Arkib

Happy Birthday to Me!

Badri Shaharudin | June 18, 2009 | 12:00 am

Birthday Cake 17 2_0

Oh. Hari ni birthday aku yang ke-17. Happy birthday to me. Mm, nak mintak apa sama mak ayah, kawan-kawan dan si dia. Birhtday yang disambut di seratas memang memberikan impak yang berbeza kepada diri yang disambut. Huhu. Mungkin yang terakhir di seratas? Next year, dah boleh sambut kat luar. Mungkin ada yang nak beri sony mp3 player untuk aku!:razz: .

p/s: ketika entri ini ditulis, aku masih sibuk di seratas.

Comments
No Comments »
Categories
My Self.., Umum
Comments rss Comments rss
Trackback Trackback

Need For Speed : Shift

Badri Shaharudin | June 13, 2009 | 9:36 am

Huh, apa nak buat ni. Undercover pun aku belum explore keseluruhan lagi. Then EA nak keluarkan Need For Speed yang baru dah. Tunggu la aku dulu. Nama untuk NFS yang baru ni ialah Shift. Berbeza dengan versi yang terdahulu, Shift yang dikeluarkan dan mendapat sambutan hangat di E3 ini lebih berbentuk simulasi berbanding dengan versi yang terdahulu yang berbentuk arcade. Sebabnya, ia akan mampu bersaingan dengan Gran Turismo atau Forza. Dalam Shift juga perlawanan hanya di litar sahaja dan polis tidak akan ditemui di mana-mana.

Weh, Zul dah ada mp3. Aku masih belum. Bila lagi nak merasa mp3 sendiri dalam poket sendiri. Huhu.

Comments
No Comments »
Categories
Umum
Comments rss Comments rss
Trackback Trackback

Imager oh Imager

Badri Shaharudin | June 12, 2009 | 10:07 pm

Sedari semalam aku mula tertarik akan kecantikan Imager. Walaupun beliau masih dalam keadaan beta, tetapi ku tetap gagahkan diriku untuk download. Setelah download, aku terus hidupkan aplikasi FileZilla kerana keinginan untuk aku meletakkan Imager dalam file aku. Setelah berpuas hati dengan kerja mengupload yang dilakukan oleh FileZilla, aku terus pergi laman untuk install Imager. Setelah aku create database serta user yang baru, aku terus melengkapkan borang pertandingan install yang terdapat di sana. Setelah beberapa kali mengahadpi kegagalan dalam mengisi borang, akhirnya aku dengan penuh rasa ghairah berjaya mengsisi. Tetapi, kegagalan kedua muncul apabila aku hendak memulakan proses install. Malas la nak fikir. Biarkan dulu untuk beberapa waktu.

Tiba-tiba diriku yang kerdil ini gian untuk menggunakan beberapa aplikasi portable yang aku rasakan sesuai untuk diriku yang tinggal di asrama dan menggunakan komputer yang serba kekurangan di kelas atau SS. Hehe. Pernah sekali aku ke SS dengan tujuan untuk upload gambar untuk galeri aku. Baru aku ingat yang komputer tersebut bukannya ada FTP client pun. Huhu. Terasa malas untuk aku upload melalui CPanel. Mungkin terlalu banyak birokrasi yang harus aku tempuhi kalau nak upload via CPanel. Aku download portable applikasi ni di portableapps.com. Tak la banyak sangat software yang ditawarkan kerana ialah, benda free. Hehe. Dulu aku ada Photoshop CS3 portable dan disebabkan virus yang diternak oleh komputer kelas aku, maka punah-lah software tersebut.

pelajarpeperiksaan

Oh tidak. :sad:. Rasa macam dah nak dekat je bulan ogos. Trial sbp dengan negeri. Huhu. Keluar je masjid tadi, terjumpa Lan. Terus dia cerita tentang trial yang boleh membuatkan aku berpeluh 10X lebih banyak dari biasa. Yela, tadi panas. Dia cakap yang sekolah dia buat awal bulan ogos. Yang aku dengar bebudak seratas cakap hujung bulan 8. Zul cakap mrsm bulan 7. Kau biar betul. Mm, syllabus pun tak habis lagi. :cry:. Nampak sangat la banyak raja pecut yang bakal muncul lepas ni. Pakat tak faham lagi la. SPM akan bermula pada 18 November. Huhu. Mana aku tau. Jadual peperiksaan dah ada dalam komputer aku dah. Huhu. Aku habis pada 10 Disember (Khamis) dengan kertas Lukisan Kejuruteraan.

Kalau ada sesiapa yang tak sabar nak tengok jadual, download kat bawah.

Download sini. – right click -> save as.

p/s: Aku nak Windows 7.

Comments
No Comments »
Categories
My Self.., Pendidikan, SPM, Umum
Comments rss Comments rss
Trackback Trackback

Kini sudah kembali…

Badri Shaharudin | June 10, 2009 | 6:10 am

Oh tidak. Semalam aku besyukur sangat sebab benda yang selama ni hilang dari pandangan mataku kini kembali dengan harapan benda tersebut tidak lagi menghilangkan diri seperti dahulu…

———————————————————————————————————————————————————————————————————————

4 hari sahaja…

Oh no kamu, lagi 4 hari nak balik seratas. Huhu. Ruang yang diberikan tidak cukup ku rasakan. Huhu. Cuti la lame lagi. :cry:. Mm, lupakan kisah seratas dahulu. Lagi pun, berapa bulan je aku di situ. Home work aku hampir 90 % yang sudah aku selesaikan. Sesuai dengan ruang yang diberikan, aku mampu menyiapkan semua homework. BBM kali ni daku rasakan berbeza dari yang dahulu kerana ianya lebih panjang. Haha. Ku akui, cuti ku kali ini banyak yang daku habiskan bersama awek komputer. Dan ku akui juga bahawa lebih 96% masa ku dihadapan komputer berbanding television. Banyak yang ku pelajari untuk cuti kali ini.

Logo untuk pertandingan sempena hari koperasi sekolah belum lagi aku siapkan. Dalam masa 4 hari aku perlu siapkan. Movie permintaan Hanif sudah aku tunaikan cuma belum dimasukan kedalam DVD ( Zul, mana DVD aku ). Semalam juga aku menerima kunjungan Akmal. Oh tidak. Dari Baling dia membonceng motor kawannya hingga ke Kulim. Standard la katanya. Haha. Datangnya untuk melawat rakan-rakannya sekolah rendah dahulu. Oh, sudah 5 tahun aku tidak ketemu samanya. Badannya sama seperti dahulu. Comel dari aku. Hehe.

Cuti ni juga menjadikan para pelajar tingkatan 5 terkejar-kejar untuk menyiapkan folio terutamanya folio Add. Math. Haha. Ramai yang ketemu sama ku dengan harapan dapat copy dari aku. Tapi, sudah ku katakan bahawa folio aku sudah dihantar sebelum cuti lagi. Frust menyelebungi diri mereka. Haha. Dah la tu, aku buat guna cara tradisional je. By hand. Kalau guna awek komputer, senang la aku kasi copy sama kamu. Lagipun, dalam internet melambak-lambak copy. Ramai betul uploader. Hehe.

Masuk hari ni, sudah 12 hari aku bersama awek komputer baru. Hehe. Sudah pelbagai projek aku lakukan bersamanya. Layanan yang diberikan kepadaku membuatkan aku menjadi gila. Aku harap, dengan ketiadaan aku selepas ini, keadaannya baik selalu. Mm, perlu servis sebelum pergi. Hehe. Dengannya, aku bersemangat untuk aktif kembali di forum jiwang. Hehe. Bukan medal apatah lagi reputasi yang aku kejar di forum jiwang, tetapi cukup sekadar dihargai dan diingati. :oops:

p/s: kalau sempat, aku upload hasil kerja aku untuk hari koperasi..semuanya dilakukan atas dasar suka sama suka…

Comments
No Comments »
Categories
My Self.., Umum
Comments rss Comments rss
Trackback Trackback

Aktifkan dirimu…

Badri Shaharudin | June 7, 2009 | 6:13 pm

Terasa malu untuk menggelarkan diriku sebagai blogger sejati apabila gagal untuk update entri2 yang terbaru dalam masa beberapa hari. Mungkin kerana kesibukan menghadiri kursus kenduri kahwin membuatkan aku gagal untuk aktif kembali. Cuti yang dahulunya aku rasakan cukup panjang kini telah menjadi singkat. Mungkin kerinduan ku terhadap blog ini akan terasa.

Semalam, Zul datang ke rumahku dan menyatakan “bad, dah lima bulan kita tak jumpa”. Oh tidak, jarak rumahku dengan rumahnya bukannya sejauh dua marhalah, cukup sekadar berjalan kaki, tetapi sudah lima bulan aku gagal menemuinya. Huhu. Segala kerja cutiku hampir 80 % selesai. Hehe. Terasa ringan melepaskan beban. Semalam, aku pergi melewati sehingga ke Sik, untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan ayahku.

Bulan 7 masih ada peluang untuk ku pulang ke rumah. Kalau ikutkan perancangan awal, bulan 8 tiada lagi cuti. Maknanya, aku hanya masa pada bulan 7 untuk membuat projek mega di blog aku. Haha. Sempat ke?..

Related Posts with Thumbnails
Comments
No Comments »
Categories
My Self.., Umum
Comments rss Comments rss
Trackback Trackback

« Previous Entries

Akan Datang ..

    Keputusan ke IPTA

    Entri Terbaru

    • Maaf Ya…
    • MAS Psychomotor Test @ Subang
    • UTM International Campus, KL..
    • Acer Aspire 5741G Review
    • Samsung S2 Portable Review

    Cronies

    • Ahmad Mustaqim
    • Apiih
    • Fahmishah
    • Hanifmz
    • Ikmal
    • Khai
    • Low Lucky
    • My Dad’s Blog
    • My Mom’s Blog
    • Rusyda
    • Seratas Batch 24
    • Seratas Official Site
    • Syinrayafa

    Komen Terkini

    • Trang Melody on Banner
    • Cik Nass on MAS Psychomotor Test @ Subang
    • nimbus on Acer Aspire 5741G Review
    • ajay on MAS Psychomotor Test @ Subang
    • sarna on MAS Psychomotor Test @ Subang
    • exs on Acer Aspire 5741G Review
    • ida hamizah adilia on UTP … Lumut…
    • ida hamizah adilia on Happy Moment
    • Riema on Nokia E63 Review…

    Seramai sedang bersiar-siar disini bersama anda.

    Jerit-Lah!!

    Spam Blocked

    6,212 spam comments
    blocked by
    Akismet

    Login



    • Lost your password?

    SalvoAQUILA

    YouthSays

    Giveaway of the Day

    Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes
    rss Comments rss valid xhtml 1.1 design by jide powered by Wordpress get firefox