PC Depot … Majlis Tahlil … 1GB … 2GB
Badri Shaharudin | August 23, 2008 | 11:45 amHuhu. Tajuk entri kali ni agak best je aku dengar. Sampai ber”gb2″. Hehe. Em, kali ni aku nak citer aktiviti aku semalam, ari jumaat. Lepas solat jumaat dengan ayah aku, aku balik umah jap. Then mak ngan adik2 aku dah siap2. Aku mesej skit dengan si dia. Hehe. Pas tu bersiap dan bertolak ke Sungai Petani. Hari ni, ada majlis tahlil dekat tempat kerja ayah aku, Puspakom Sg. Petani. Ayah aku cakap, nak pi PC Depot skali. Boleh beli pendrive pesanan orang tu. Hehe. MMm, hujan turun dengan lebatnya masa atas highway. Huhu. Sejam pas tu, sampai PC Depot. Aku ni 1st time gi PC Depot. So, nervous la skit. Hehe. Best la gak kedai tu. Afiq mintak kat aku Data Traveler 101 yg macam Diana. Tapi, yang ada cuma Data Traveler 100 yang macam aku je. So, rembat je la 2GB dengan harga RM24 je. Huhu.
Pas tu, ayah aku tanya nak apa lagi. Aku dengan pantas nyer menjawab RAM komputer. RAM komputer aku ni skit sangat la (dulu 256MB je). Aku mintak 1GB. Disebabkan komputer aku ni jenis lama, tapi bukan lama sangat pun, Pentium 4 lagi. Hehe. Then, aku terpaksa la beli RAM jenis DDR. Kalau DDR2, murah skit. Aku rembat RAM 1GB Apacer dengan harga RM120. So, jumlah semua skali RM144. Thanks ayah. Hehe. Hepi aku keluar dari kedai tu. Tak sabar nak balik rumah nak upgrade komputer. Tapi, malam tu aku terpaksa la melupakan hasrat aku tu. Sebab ada majlis tahlil. Hehe. Takpe2. Hari esok masih ada. Sampai Puspakom kul 7 lebih la. Dah ade orang waktu tu.
————————————————————————————————–
Hari ni…
Aku bangun pagi dengan rasa tak sabar nak upgarde komputer. Hehe. Aku mesej skit ngan si dia. Hehe. Then, mandi. Makan. Terus ada depan komputer. Terus pasang benda tu. Perghh. Laju dari kebiasaan komputer aku. Haha. Baru la best nak operate komputer ni. …
*entri ini menggunakan lightbox. klik pada gambar untuk besarkan..









Komen Terkini