Bardshah92 [dot] net | Inspirasi Pencetus Idea

  • Utama
  • Diriku Ini
  • Hubungi
  • Banner
  • Arkib

43 Pantang Larang Bakal Pengantin

Badri Shaharudin | April 27, 2007 | 11:39 am

Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang
larang buat bakal mempelai itu. Apa yg ditetapkan harus diikuti utk
kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjaid kewajipan tetapi sudah menjadi satu budaya dlm masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa pantang larang yg difikirkan sesuai masih boleh diikuti.

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama
baik keluarga.

3. Jgn bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg
mempunyai niat tidak baik.

4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.

5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petaidan jering.

7. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.

8. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.

9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.

10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.

11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.

12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)

13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir.

14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.

15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.

16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.

17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.

18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah berkahwin
tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.

19. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri.

20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.

21. Elakkan minum minuman keras dan merokok.

22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak
berseri pada hari perkahwinan.

23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat kelamin.

24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.

25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.

26. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak
stabil.

27. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).

28. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.

29. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.

30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.??

31. Selepas nikah mesti ada peneman tidur?? sebelum bersama. Ia bertujuan utk menghangatkan lagi kemesraan.

32. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli
keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org.

33. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.

34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.

35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.

36. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.

37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh
pengantin kerana tidak manis.

38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.

39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana
dikhuatiri hilang seri.

40. Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.

41. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.

42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.

43. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.

44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi
menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.

Orang-orang tua Melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang. Melanggar pantang larang samalah dengan tidak mendengar nasihat.

Comments
4 Comments »
Categories
Adat, Pantang-Larang
Comments rss Comments rss
Trackback Trackback

Nokia 6270 Review

Badri Shaharudin | April 26, 2007 | 10:03 am

Semalam, masa aku tunggu bas untuk ke MRSM PDRM, aku try la tengok handphone si syafeeq. Dia ni tukar handphone baru plak. Hari ni aku nak cerita skit pasal handphone dia , nokia 6270.

Handphone nak kata baru dikeluarkan pun tak. Lama sangat pun tak. Handphone ni jenis slide phone. Aku berpeluang menyelongkar handphone dia semalam. Menu dia ok. Grafik pun ok. Theme yang asal dalam tu pun ok. Ianya mempunyai kamera 2.0 megapixels. Ianya juga mempunyai flash yang terbina di dalam. Cukup besar dan cantik untuk handphone berkenaan. Kualiti gambar yang ditangkap atau dirakam boleh dikatakan memenuhi citarasa. Ditambah pula dengan ruang memori dalaman sebanyak 5mb dan memori luaran sehingga 1GB dengan menggunakan MicroSD, ianya cukup berkuasa di dalam kelasnya.

Click to enlarge

Click to enlarge

Click to enlarge

Ianya didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu hitam, biru, dan putih. Berat handphone ini ialah sekitar 125 gram. Di bahagian multimedia, handphone boleh memainkan MP3, M4A dan ACC. Ianya juga mempunyai Radio FM dan Visual Radio. Vidual radio ialah radio yang perlu mengguankan GPRS untuk memainkannya. Ianya juga dikenali sebagai Streaming Radio. Speaker juga mempunyai kesan 3D.

Handphone ini mempunyai Java 2.0. Fungsi-fungsi lain yang terdapat pada handphone ini ialah :
– Push To Talk
– Bluetooth
– 3GPP Video Streaming
– “Email Client” – IMAP4, POP3, SMTP
– EDGE
– GPRS
– Pembesar Suara Dua Hala ( Stereo Speaker )
– PC Suite

Masa bercakap sehingga 5 jam ( bergantung kepada telko ) dan masa menunggu nya pula sehingga 10 hari. Harga handphone ini ditawarkan pada RM1270 dan AP pada harga sekitar RM900.

Rating : 4 / 5

Comments
2 Comments »
Categories
Gadjet, Nokia, Tech
Comments rss Comments rss
Trackback Trackback

Pesta Schoolwide Enrichment Module (SEM) Type 3

Badri Shaharudin | April 25, 2007 | 4:43 pm

Hari dekat MRSM PDRM (Maktab Rendah Sains Mara Polis Diraja Malaysia) ada Pesta SEM (SEM stand for Schoolwide Enrichment Module). Aku terlibat untuk melawatinya. Huhu. Best la gak. Mula2 kumpul kat sekolah la. Then lepas sejam tunggu kat sekolah, dalam kul 11.38 tu, bas MRSM datang ambil. rugi hari tu aku tak bawak kamera. Huhu. Then, kami sampai dekat MRSM PDRM dalam kul 12.00 la. Bas sekolah diorang yang datang ambil, tak la best sangat. Then, masa sampai, ramai dah sekolah yang sampai dekat sana. Tapi, tak le sesak sangat. Sekolah yang ada cam sekolah taman jelutung, st. anne convent and some more la. Huhu.
Banyak gak pameran yang para pelajar maktab tu buat. Ada yang buat tempat memproses air yang kotor bagi bersih (aku pun tak tahu nak explain camner). Projek tu je la yang aku ingat. Sebab yang explain projek budak cina perempuan. Haha. Then, ada pameran trak bomba, petunjukan senjata polis. Semua senjata polis yang ada aku pegang. Yang paling best dapat pegang M-16, revolver dan sebagainya. haha, dekat 5 jenis aku pegang. Berat la gak. Yang paling pulun dekat bahagian tu ialah Rao n Aiman. Haha. Sampai dalam bas duk cerita benda tu lagi.
Then, pukul 1 berkumpul balik. Masa nak balik, ada satu bas maktab yang ada aircond. Kami biar le bebudak st. anne convent naik bas tu. Tetiba je, pakcik tu suruh SMKK naik dulu sebab sekolah kami jauh. hahaha. Then aku dengar le ada budak st. anne kata kat kami ’stupid school’. Tak kisah la. Huhu, janji kami dapat balik awal. Akashah marah la gak dekat budak perempuan tu. Melayu plak tu yang kata camtu. Cantik gak bas dia. Then, kami sampai sekolah balik dalam kul 1.15. Semua dah balik masa tu. Huhu. Best la gak pi maktab tu.

Comments
2 Comments »
Categories
Lawatan, My Self.., Umum
Comments rss Comments rss
Trackback Trackback

Mulah-mulah

Badri Shaharudin | April 22, 2007 | 5:22 pm

Posting kali ni tak dak kena-mengena dengan tajuk ni. Huhu. Hari ni Syafeeq suruh aku “tunjuk ajar” dia cara2 nak beli hosting + domain. Dia jeles tengok aku ada domain and hosting sendiri. Syafeeq ni la yang ajaq aku cara2 nak install CMS dan benda2 berkaitan dengan website n design. Huhu. Aku dulu bukannya reti sangat. Dia seorang guru yang ganaz. Haha.
Hari ni aku dapat CD Flight Simulator X Deluxe Edition. Huhu. Best je nampak game ni. 2 keping DVD. Huh, 14gb hard disk.
hari ni dapat buku rekod kemajuan. Malas betul nak tunjuk kat ayah. Bukan pasal teruk, tapi ntah. Nak kata teruk, ok je. Huhu.
Ok, la, aku nak gi try game tu.
Chow.

Comments
No Comments »
Categories
Various
Comments rss Comments rss
Trackback Trackback

100,000 sebab untuk menggunakan Joomla!

Badri Shaharudin | April 21, 2007 | 5:32 pm

helpers.jpg

Jadi, bersama-samalah kita menggunakan Joomla! kerana ianya Open Source Matters..

Portal Joomla Malaysia

Related Posts with Thumbnails
Comments
No Comments »
Categories
Various
Comments rss Comments rss
Trackback Trackback

« Previous Entries

Akan Datang ..

    Keputusan ke IPTA

    Entri Terbaru

    • Maaf Ya…
    • MAS Psychomotor Test @ Subang
    • UTM International Campus, KL..
    • Acer Aspire 5741G Review
    • Samsung S2 Portable Review

    Cronies

    • Ahmad Mustaqim
    • Apiih
    • Fahmishah
    • Hanifmz
    • Ikmal
    • Khai
    • Low Lucky
    • My Dad’s Blog
    • My Mom’s Blog
    • Rusyda
    • Seratas Batch 24
    • Seratas Official Site
    • Syinrayafa

    Komen Terkini

    • Trang Melody on Banner
    • Cik Nass on MAS Psychomotor Test @ Subang
    • nimbus on Acer Aspire 5741G Review
    • ajay on MAS Psychomotor Test @ Subang
    • sarna on MAS Psychomotor Test @ Subang
    • exs on Acer Aspire 5741G Review
    • ida hamizah adilia on UTP … Lumut…
    • ida hamizah adilia on Happy Moment
    • Riema on Nokia E63 Review…

    Seramai sedang bersiar-siar disini bersama anda.

    Jerit-Lah!!

    Spam Blocked

    6,212 spam comments
    blocked by
    Akismet

    Login



    • Lost your password?

    SalvoAQUILA

    YouthSays

    Giveaway of the Day

    Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes
    rss Comments rss valid xhtml 1.1 design by jide powered by Wordpress get firefox